Sukan SEA (SouthEast Asian Games) atau boleh juga di panggil Sukan Asia Tenggara. Sukan SEA merupakan acara merupakan sebuah temasya sukan dwi-tahunan yang membabitkan 11 negara Asia Tenggara. Sukan ini berada dipimpin oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara dengan kerjasama Kominiti Olimpik Antarabangsa(IOC) dan Majlis Olimpik Asia.
Baru-baru ini telah bermulanya Sukan SEA dan selaku tuan rumah, pasukan negara telah menunjukkan permulaan yang baik setelah meraih kemenangan menerusi beberapa acara antaranya bola jaring dan bola sepak. Jadi, apa kata hari ini kita tengok beberapa fakta menarik mengenai temasya berprestij yang diadakan di sekitar Lembah Klang ini:
- Konsep ‘car pooling’ dan galakkan penggunaan pengangkutan awam. - Penunjuk arah buat pejalan kaki dan penunggang basikal yang optima ke lokasi utama kejohanan. - Galakkan jimat tenaga elektrik di lokasi utama penganjuran. - Pengendalian pembungkusan makanan yang mudah dihapus (biodegrable). - Kemudahan sewaan basikal dan kereta elektrik di lokasi-lokasi tertentu. - Program kitar semula di lokasi utama. - Kempen penanaman pokok. - Pelan perjalanan yang optima untuk atlet dan delegasi. - Pengkomposas sisa makanan yang efektif.
|
INFO BONUS:
Sebagai lambang semangat sukan yang membara, kita memerlukan maskot yang hebat dan menarik. Maskot yang terpilih untuk Kuala Lumpur 2017 ialah spesis Harimau Malaya yang terkenal dengan sifat gagah perkasa, peramah, berdaya saing, sekaligus melambangkan jiwa atlet sebenar. Namanya adalah Rimau. RIMAU ialah singkatan kepada HORMAT (RESPECT), BERWIBAWA (INTEGRITY), TANGKAS (MOVE), BERSIKAP POSITIF (ATTITUDE) DAN BERSATU (UNITY). HORMAT-> Saling menghormati antara rakan dan lawan, pegawai-pegawai sukan dan peminat-peminat yang memberi sokongan.Mempertahankan nilai-nilai kesukanan sejati. BERWIBAWA-> Jujur dan amanah dalam mematuhi kod etika kesukanan dan nilai yang diterapkan di dalamnya. BERSIKAP POSITIF-> Bersikap positif dengan semangat kesukanan dan meraikan persahabatan. Bertanding untuk menang secara bermaruah. BERSATU-> Bersatu dalam menyemarakkan semangat kesukanan tulen. TANGKAS-> Tangkas, pantas dan gagah perkasa. Melangkaui had dan merentasi halangan. |