Near Field Communication (NFC) kian popular di kalangan para pengguna gadget. Teknologi ini juga sering ditampilkan dalam pelbagai iklan, namun sayangnya banyak pengguna yang masih belum mengetahui cara menggunakan aplikasi tersebut. Sebagaimana yang dimaksudkan dengan namanya, NFC merupakan protokol penghantaran dan penerimaan data pada jarak yang dekat sahaja, iaitu pada jarak yang kurang daripada 4 sentimeter (4 cm). JENIS PENGHANTARAN & PENERIMAAN DATA MELALUI NFC Jenis yang pertama ialah perkongsian data antara medium aktif dan medium pasif. Melalui jenis ini, komunikasi yang berlaku ialah diantara peranti pintar seperti telefon pintar (medium aktif) dan medium seperti kad ataupun tag (medium pasif). KITARAN PENGHANTARAN DATA: - Kad yang mempunyai cip memori NFC (kad ini juga dikenali sebagai NFC Tag ataupun NFC Smart Poster) merupakan kad yang dikuasakan oleh medan magnet. Ia tidak memerlukan bateri untuk menggerakkan operasinya. Bergantung kepada jenis memorinya sama ada data di dalamnya boleh dipadamkan/ditulis semula atau tidak. - Peranti pintar yang merupakan medium aktif akan memancarkan gelombang radio untuk berkomunikasi dengan NFC Tag. Gelombang yang dipancarkan akan mengaktifkan NFC Tag tersebut. - NFC Tag yang menerima gelombang radio itu akan berinteraksi dengan peranti pintar dan seterusnya menghantar data yang diminta oleh peranti pintar. |