Azizulhasni Awang Kongsi Video Dia Diserang Burung Magpie Ketika Sedang Lakukan Latihan Di Australia
Raja pecut basikal trek negar, Azizulhasni Awang atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocket Man melalui laman Instagramnya semalam telah berkongiskan sebuah video yang agak mencemaskan semasa sedang berkayuh menjalani latihan di Melbourne, Australia. Video yang dimuatnaik beliau itu memaparkan kejadian dia telah diserang oleh burung Magpie semasa melalui sebatang jalan berhampiran dengan sarang burung itu. Menurut beliau, ketika ini(bulan Ogos -Oktober) adalah musim burung Magpie bertelur dan burung itu akan bertindak agresif menyerang sesiapa sahaja yang melalui jalan yang berhampiran dengan pokok tempat dia bersarang. "Biasanya penunggang basikal atau orang sedang berjoging yang melalui kawasannya itu akan diserang oleh Magpie tersebut, burung ini hitam seperti gagak tetapi lebih besar dan mempunyai tompokan putih" kata beliau sebelum mula berkayuh.
Burung Magpie
Ciri-ciri burung Magpie
Sebagai burung, Burung Murai Kampung membiak dengan cara bertelur.Sarangnya biasanya boleh ditemui di ranting-ranting pokok yang sederhana tinggi. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya. Dimasa ini juga, Burung Murai Kampung boleh dibiakan di dalam kurungan yang sesuai keluasannya agar Burung Murai Kampung boleh berasa selamat untuk membiak.