Dompet ElektronikPerkhidmatan pembayaran mudah alih pertama yang wujud di Malaysia yang telah dilancarkan oleh Samsung Malaysia Electronics iaitu Samsung Pay. Perkhidmatan ini telah ditawarkan di negara asal jenama Samsung iaitu Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) dua tahun lalu telah tiba di Malaysia
|
Samsung Pay bukan sahaja menyokong perubahan ke arah konsep dompet elektronik, malah menyediakan bukti kukuh dan kondusif bagi pembayaran elektronik yang selamat di Malaysia. Dalam masa sama, pengenalan Samsung Pay turut meluaskan lagi kerjasama sedia ada antara Samsung Malaysia Electronics dengan rangkaian pembayaran utama iaitu Mastercard dan Visa serta rakan kad kesetiaan tempatan iaitu B Infinite, Bonuslink dan Sunway Pals.